Ramai anak-anak dah mula berubah selera makan, dari minum susu 7-10x sehari kepada 3x sehari sahaja dan mula makan nasi dan makanan-makanan lain.

Tak perlu supplement tambahan, susu pun dah cukup.

“Sebelum ni anak saya bila menyusu kerap dia tak nak makan nasi, sejak saya berentikan susu sebelum ni okla sehari 2 3 kali makan nasi disamping mknn2 lain.”  -Pengguna Puremil-

“Dari minum 8 botol sehari, terus jadi 3 botol sehari tanpa ketagihan susu atau botol lagi. Terbaik sangat.” -Puan Rosesyiela-

 

Gejala “minum susu kerap, kurang makan nasi” terhadap kanak-kanak berusia 1-3 tahun seperti perkara yang biasa di kalangan masyarakat. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, dikhuatiri masalah-masalah yang lain bakal timbul di masa akan datang seperti kekurangan nutrisi, kurang berat badan, obesiti (obesiti boleh berlaku dengan kehadiran gula yang berlebihan), diabetes, gigi rosak, hyperaktif, tulang rapuh, graf pertumbuhan tidak normal dan sebagainya.  

Susu Puremil yang tidak manis dan penuh khasiat insyaallah dapat membantu mengatasi masalah di atas. Susu Puremil merupakan susu tepung penuh krim, tetapi bukan sebarang susu tepung yang biasa kerana ibu bapa sekalian perlu tahu terdapatnya beberapa kategori/ kualiti susu tepung penuh krim di pasaran. Walaupun namanya sama, tetapi berbeza kualiti, rasa & khasiat.

Bahasa mudahnya, terdapat 3 jenis/ kategori susu tepung penuh krim di Malaysia.  

1. Pertama susu premium seperti susu Puremil, iaitu susu tepung penuh krim asli tanpa sebarang campuran, malah diperkaya dengan 1.5% DHA+EPA & Omega 3.  

2. Kedua, susu tepung skim yang diolah menjadi susu tepung penuh krim dengan menggantikan lemak susu sedia ada kepada lemak sayuran (kebiasaannya berasaskan sawit), nilai nutrisi hampir sama dengan susu asli, namun demikian rasa, warna, strukturnya berbeza. (Susu isian, rujukan Akta Makanan).  

3. Ketiga, susu tepung penuh krim yang dicampurkan dengan krimer, maltodekstrin & gula. Susu ini boleh dibezakan dengan rupa, warna dan rasa yang sangat berbeza. Protein dan nutrisi lainnya sangat rendah, karbohidrat dan lemak pula sangat tinggi. Walaupun rasanya manis & sedap, dikhuatiri kurang berkhasiat untuk anak-anak.  


Perbezaan sebelum & selepas minum susu Puremil.

Sebelum minum susu Puremil

“Anak kite minum susu ni lebih dari 10x satu hari takpe ker? Anak kita kuat susu, tengah malam pun 5x bangun nak susu. Kalau siang lagi la kerap mintak susu.”

Selepas minum susu Puremil

“Anak kita dah ok minum susu ni. Dia dah nak makan nasi. Sekarang dah tak kerap minum susu lagi.” -Pengguna Puremil-


Masalah yang biasa berlaku bila anak bertukar dari susu sedia ada kepada susu Puremil ialah susu Puremil yang tak manis. Tak manis tidak bererti tak sedap.

Berikut pengalaman manis Puan Norlela.

Alhamdulillah sis anak2 sye suka minum susu Puremil ni.

Mula2 tu yang adik ni mmg xnak minum, sbb xmanis mcm susu *****biasa dia minum tu. Last pujuk dia, then dia ok buat 3scop 180ml je. Selalu susu dia 270ml. 180ml pun dia lambat nak abiskan mula2 tu.  

Walaupun anak tak suka sebab tak manis, Puan Norlela tetap pujuk anak.

Ni dah 4 hari Alhamdulillah. Sehari 3kali je sis. Biasa minum susu berbotol-botol sehari kadang tu sampai 7kali. Kakak dia ok je. Minum sehari 2kali je. Pagi dan malam je. Sykur sangat suka sangat susu Puremil. Terima kasih sis.

 

Bagusnya Susu Puremil ni. Susu Puremil ni susu kambing ke?

Tidak. Susu Puremil ialah susu lembu. Susu lembu ialah susu yang terpaling sunnah kerana ada disebutkan dalil hadis secara khusus tentangnya.

Dalam hadis, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya:"Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikan untuknya penawar. Hendaklah kamu meminum susu lembu kerana sesungguhnya lembu makan dari pokok-pokok." (Hadis daripada Thariq bin Syihab ra.,Musnad Imam Ahmad, no.hadis 18,077.Al-Maktabah asy-Syamilah).

Dalam hadis yang lain:

Maksudnya: "Hendaklah kamu meminum susu lembu kerana sesungguhnya lembu makan dari pokok-pokok dan itu adalah penawar bagi segala penyakit." (Hadis daripada Ibnu Mas'ud r.a.. Mustadrak Imam al-Hakim, kitab at-Thib, bab'Alaikum bi Albani al-baqar.., no. hadis8332).

Dalam hadis yang lain pula:

Maksudnya: "Sesungguhnya hendaklah kamu meminum susu lembu kerana lembu makan daripada pokok-pokok dan susu ialah penawar bagi segala penyakit"  (Mustadrak al-Hakim no. 8224)

Apa pula kata ulama perubatan berkaitan susu lembu?

Laban al-Baqar, yakni air susu lembu dan kerbau, iaitu terlebih baik daripada sekalian air susu. Kata Syaikh al-Buqari dalam Hasyiah al-Syin, bermula lafaz baqar itu isim jenis, maka iaitu dua bagai. Pertama, ‘irab, yakni lembu. Kedua, jamus, iaitu kerbau. Dan dinamai akan keduanya baqar yakni membelah kerana keduanya membelah akan tanah tatkala menenggala.  

Dan dalil yang menyebutkan lebih air susunya seperti sabda Nabi SAW:

Yakni: “Lazim atas kamu dengan dimakan air susu lembu dan kerbau, kerana bahawasanya air susunya itu menyembuh bagi tiap-tiap penyakit, dan minyak sapinya ubat, dan dagingnya penyakit.”

Kata Halimi rahmatullahi ta’ala [‘alaih]:

“Hadis ini dipertanggung kepada [lembu] yang kurus kerana daging lembu yang tumbon (tembun) itu tiada jadi penyakit dagingnya.”

– Al-Rahmah fi al-Tibb wa al-Hikmah, karya Syaikh Abbas Kuta Karang

Yang paling sesuai ialah yang paling hampir (tempoh hamilnya dengan manusia), seperti susu lembu.

– Al-Qanun fi al-Tibb, Ibn Sina

Setiap haiwan yang tempoh hamilnya lebih panjang daripada tempoh hamil manusia, maka susunya adalah buruk (untuk manusia). Yang paling hampir adalah yang terbaik, seperti susu lembu.

– Al-Mujaz fi al-Tibb, Ibn al-Nafis

Tahukah anda, tempoh lembu bunting adalah sama dengan manusia iaitu 9 bulan 10 hari.  

 

Selain dalil hadis di atas, terdapat satu lagi hadis susu secara umum yang menyebutkan tentang kelebihan susu berbanding makanan lain, bahkan terdapat juga doa khusus minum susu.

Abdullah bin Abbas R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda :

مَا أَعْلَمُ شَرَابًا يُجْزِئُ عَنِ الطَّعَامِ غَيْرَ اللَّبَنِ، فَمَنْ شَرِبَهُ مِنْكُمْ فَلْيَقُلْ : اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ، وَمَنْ طَعِمَ طَعَامًا فَلْيَقُلْ : اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Maksudnya : “Tidak aku ketahui satu minuman yang dapat menggantikan makanan selain daripada susu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang minum susu, hendaklah dia mengucapkan :  

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَزِدْنَا مِنْهُ

‘Allahumma barik lana fihi wazidna minhu’ (Ya Allah berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkan buat kami daripadanya),  

manakala sesiapa yang makan makanan, hendaklah dia mengucapkan :  

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

‘Allahumma barik lana fihi wa at’imna khairan minhu’ (Ya Allah berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya).” [HR Ahmad (2569)]

Syeikh Muhsin al-Abbad mengatakan bahawa doa ini adalah khusus buat sesiapa yang minum susu berbanding yang lain kerana dengan susu sahaja sudah cukup (mengenyangkan) dan tidak perlu lagi kepada makanan dan minuman. (Lihat Syarah Sunan Abi Daud, 422/9)

Rujukan: https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4044-irsyad-al-fatwa-siri-ke-378-amalan-sunnah-ketika-minum-susu


Bagaimana susu Puremil dapat meningkatkan selera makan anak? Apakah rahsianya?

Rahsianya terletak pada nutrisi yang terdapat dalam susu Puremil yang telah diuji makmal.

Beberapa kajian mendapati vitamin B, zink, vitamin D dan magnesium banyak mempengaruhi corak pemakanan kanak-kanak. Kanak-kanak yang hilang selera makan kemudian diberikan supplemen vitamin B12 mula makan dan minum secara normal selepas beberapa hari (Dror & Allen, 2008).  

Supplemen zink dapat meningkatkan selera makan dan berat badan dengan jumlah yang ketara terhadap kanak-kanak yang tidak berselera makan dan mengalami masalah tumbesaran (Shakur et al.,2009)

Kekurangan zink, magnesium, vitamin B12, vitamin B1 (Thiamin) dan B3 (Niacin) pula menyebabkan gejala hilang selera makan. (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2017)

Vitamin D dapat membantu penyerapan zink, kalsium, magnesium, ferum, kuprum dan selenium ke dalam tubuh badan (Gerry & Stephen, 2015). Kekurangan vitamin D menyebabkan semua vitamin dan zat mineral tersebut tidak dapat diserap dengan baik. Ini menjadi faktor kanak-kanak menjadi kurang selera makan, tumbesaran fizikal dan mental terbantut serta badan menjadi lemah.  

Susu Puremil mengandungi vitamin B1, B3, B12, vitamin D, zink, dan magnesium bersesuaian dengan keperluan nutrisi harian kanak-kanak 1-3 tahun insyaallah dapat membantu meningkatkan selera makan dan berat badan bagi anak yang mengalami masalah kurang berat badan.

 

Berapa nilai kandungan 4 jenis vitamin tersebut dalam susu Puremil?

Kandungan 4 jenis vitamin & mineral yang terdapat di dalam Susu Puremil Penuh Krim berdasarkan keputusan ujian makmal (3 skop untuk 3 kali hidangan sehari);

Vit D 7.2μg (48%)    – membantu penyerapan vitamin & mineral  

B12 0.84μg (56%)   – meningkatkan selera makan  

Zn 1.4mg (33%)      – meningkatkan selera makan  

Mg 53mg (66%)       – kekurangan Mg menyebabkan hilang selera makan  

*Peratusan tersebut menunjukkan sumbangan nutrisi (berdasarkan keperluan nutrisi harian kanak-kanak, RNI Malaysia 2017) yang disediakan oleh Susu Puremil kepada tubuh badan kanak-kanak berusia 1-3 tahun.

*Jadual Keperluan Nutrisi Harian Sebenar Kanak-Kanak Berusia 1-3 Tahun Berdasarkan RNI Malaysia 2017 seperti di bawah: 

Vit D 15μg/sehari

B12 1.5μg/sehari

Zn 4.2mg/sehari

Mg 80mg/sehari

Sumber rujukan:

Dror, Allen (2008). Coballamin status in children. Journal of Inherited Metabolic Disease, Volume 34 (1):116

Gerry, K. S., Stephen, J. G. (2015). Vitamin D, essential minerals, and toxic elements: exploring interactions between nutrients and toxicants in clinical medicine. The Scientific World Journal, Volume 2015, Article ID 318595 : 2-3

Shakur MS, Bano N, Malek MA, Kundu SK, Ahmed AU (2009). Effect of zinc supplementation on appetite, growth & body composition in children suffering from non-specific etiology of feeding refusal with failure to thrive. The ORION Medical Journal, Volume 32(1):612-615

Ministry of Health Malaysia (2017). A report of the technical working group on nutritional guidelines (2017) : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, 127-442.

 

Lihat apa kata pengguna tentang susu Puremil?

 

Susu Puremil juga turut membantu ank untuk bercerai susu/ wean off breastfeeding samada kerana anak cukup 2 tahun atau ibunya mengandung. Memang diakui sukar bagi ibu-ibu yang anak mereka menyusu badan sepenuhnya (fully breastfeed) tanpa diperkenalkan kepada mana-mana susu tepung. Penulis juga berpengalaman sedemikian sebelum adanya susu Puremil. Pelbagai jenis susu & jenama yang dicuba tetapi tidak berhasil. Alhamdulillah anak kedua dan ketiga mudah wean off selepas 2 tahun dengan asbab susu Puremil.

Berikut sebahagian kisah kejayaan anak berjaya cerai susu/ wean off breastfeeding.

Berjaya "wean off" selepas mencuba susu Puremil Coklat

“Anak saya pada asalnya susu badan. Tapi disebabkan saya mengandung, saya cuba cari susu tepung yang serasi dan tanpa sukrosa & maltodekstrin. Setelah cuba beberapa susu termasuk susu segar, anak saya muntah dan kurang gemar rasa susu tu. Akhirnya saya cuba susu Puremil Coklat. Alhamdulillah sudah lebih dua bulan mencuba, anak saya suka dan serasi. Setakat ini dah “repeat order” 4 kali. Selera makan anak pun alhamdulillah tak terganggu dengan susu ini.”

 
Anak dah nak masuk 2 tahun, berhenti susu badan “continue” susu Puremil.

"Alhamdulillah habis segala susu saya “try” pada anak, susu Puremil Coklat ni serasi dengan anak saya sisi. Memang dia suka. Saya buat sejuk sikit lepas tu tak cepat basi. Kalau dia tak habis saya letak dalam peti ais, sedap lagi sejuk.

Alhamdulillah anak dah nak masuk 2 tahun ni berhenti susu badan “continue” susu Puremil. Saya dah bincang dengan “husband” dia setuju."

 


 

Susu Puremil ni susu sahaja ke? Ada tambahan bahan lain tak?

Susu Puremil ialah susu tepung penuh krim pertama yang diperkaya dengan DHA, EPA & Omega 3. 98.5% susu + 1.5% DHA yang menyumbang kepada nilai DHA+EPA sebanyak 174mg/100g dan Omega 3 sebanyak 411mg/100g adalah yang paling tinggi dalam kalangan susu tepung penuh krim setakat tahun 2020. (Tahun 2022 kami belum sempat buat perbandingan lagi)

Antara kelebihan susu Puremil yang lain: 

 

Sebagaimana manfaatnya “madu asli”, begitulah juga pada susu penuh krim yang “asli”. Lumrah alam yang asli itu jauh lebih bermanfaat berbanding yang tidak asli.  

“Hanya jauhari mengenal manikam”.

Begitu banyaknya madu tiruan di pasaran, hal yang sama berlaku kepada susu. Adakah anda mahu berikan sesuatu yang tidak pasti kepada anak anda bahkan sebagai minuman hariannya? Pernah terjadi sejarah hitam pada tahun 2008 di mana sejumlah bayi mendapat batu karang kerana meminum susu formula yang di dalamnya terdapat bahan asing iaitu melamin, bertujuan untuk meningkatkan nilai protein. Melamin ialah serbuk putih yang digunakan dalam penghasilan pinggan plastik, alatan memasak dan sebagainya. Ianya boleh membawa kesan mudharat sekiranya ditelan, dihidu dan meresap ke dalam kulit.

Rujukan: The Melamine Incident: Implications for International Food and Feed Safety, www.ncbi.nlm.nih.gov

Jika bukan melamin, adakah anda mahu anak anda meminum susu yang sejumlah besarnya merupakan krimer? Krimer merupakan bahan yang diperbuat daripada sawit dengan kaedah “hydrogenation” supaya ianya kekal stabil sebagai serbuk. Krimer dengan kaedah ini membahayakan kesihatan kerana mengandungi "trans fat" yang boleh mengakibatkan badan kita menghasilkan "low density lipoprotein, LDL" (lemak jahat) yang menjadi punca kepada masalah kolestrol dan saluran darah tersumbat.

 

Di sini kami senaraikan 2 perbezaan berdasarkan (1) CIRI-CIRI & (2) KHASIAT susu tepung penuh krim Puremil berbanding susu yang lain.

Perbezaan CIRI-CIRI susu Puremil dengan susu penuh krim yang lain?

 

Perbezaan KHASIAT susu Puremil dengan susu penuh krim yang lain?


Khasiat susu terbukti dengan beberapa kajian sains.

Berikut merupakan sebahagian daripada hasil dapatan kajian sains terhadap khasiat susu yang direkodkan di dalam kitab Tibb-e-Nabawi oleh Dr. Mohammed Shakeel Shamsi (B.A.M.S, M.D, PhD.)

1. Penyelidikan Dr Hisham Al-Khateeb menyatakan bahawa susu adalah satu-satunya makanan yang mengandungi semua bahan asas yang diperlukan oleh tubuh manusia. Waktu terbaik untuk minum susu ialah awal pagi.

2. Dalam buku Food & Nutrition (edisi 1989) menyatakan bahawa susu dianggap sebagai makanan yang paling berkhasiat di muka bumi. Pada tahun 1985, jurnal perubatan terkenal The Lancet menerbitkan kajian oleh Dr Garland dari California University di Amerika Syarikat, beliau mengkaji makanan yang diambil oleh 1000 manusia dalam tempoh 20 tahun & mendapati bahawa mereka yang minum susu 2 cawan setengah setiap hari berkemungkinan kurang mendapat kanser kolon berbanding mereka yang tidak minum susu, dan dia nasihatkan minum susu 2 hingga 3 cawan sehari.

3. Satu kajian dari Jepun menyatakan bahawa meminum susu mengurangkan risiko kanser perut & susu juga terkenal dapat mengurangkan kesakitan akibat ulser.

4. Saintis New York menyatakan bahawa susu mengandungi Prostaglandin yang melindungi kita untuk mendapat ulser.

5. Sebagaimana susu dicintai oleh Nabi s.a.w & banyak firman-Nya menerangkan susu sebagai makanan terbaik yang anda boleh nilaikan dengan hadis di atas.

 

Susu PUREMIL,Susu Full Cream Milk Powder,Susu Tepung Full Cream Asli/Susu Coklat, DHA & Omega 3,Pengganti Susu Formula.Susu Puremil Untuk Seisi Keluarga.

Fakta Ringkas Susu Puremil :

✔️ Dihasilkan daripada formulasi SUSU LEMBU terbaik.

✔️ Dihasilkan oleh kilang bumiputera Islam di Perak.

✔️ Mendapat Sijil Halal daripada JAKIM.

✔️ Bahan istimewa iaitu DHA+EPA dan Omega 3 daripada sumber minyak ikan jenama terbaik dunia iaitu MEG-3.

✔️ Memenuhi aspek nutrisi yang diperlukan oleh anak berusia 1-3 tahun seperti yang ditetapkan dalam Recommended Nutrient Intakes (RNI) for Malaysia 2017.

✔️ Sesuai diminum oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas, orang dewasa, ibu hamil dan menyusu.

Tanpa Bahan meragukan

❌ Gula tambahan

❌ Krimer

❌ Maltodextrin

❌ Penstabil

❌ Pengawet

❌ Minyak Sayuran

 

👉 Bahan-bahan :

1. Perisa Asli : Susu penuh krim dan DHA

2. Perisa Coklat : Susu penuh krim, 20% serbuk malt dan DHA

⚠️ AMARAN : Susu Puremil tidak sesuai bagi bayi berumur di bawah 1 tahun.

 

💖 7  Kebaikan Puremil Full Cream Milk 💖

1. Susu penuh krim berupaya meningkatkan selera makan anak berusia 1-3 tahun.

Vitamin B12 dan zink berfungsi untuk menambah selera makan anak. Anak yang bergantung kepada susu saja akan mula berselera untuk makan nasi, sayur dan buah-buahan.

2. DHA+EPA dan Omega 3 terbukti sangat baik untuk kesihatan jantung, otak dan mata.

3. Anak-anak juga bebas daripada masalah gigi cepat rosak.

Susu Puremil tidak mengandungi gula tambahan seperti Sukrosa (sumber gula tebu ataupun gula putih).

4. Anak-anak juga lebih kenyang dan tidak kerap meminta susu

Ini kerana anak-anak mendapat nutrisi yang mencukupi dan terhindar dari masalah kekurangan nutrisi (malnutrition).

5. Menjimatkan kos ibu bapa membeli susu

Hanya 3 skop sahaja diperlukan untuk setiap bancuhan. Minum 3 kali sehari sahaja sudah cukup untuk memenuhi keperluan nutrisi anak anda.

6. Menjimatkan kos membeli susu (25 bancuhan bagi setiap kotak susu).

1 kotak Susu Puremil dapat bertahan selama 8 hari jika mengikut sukatan susu yang ditetapkan.

7. Boleh dibancuh dengan sangat mudah

Susu Puremil mudah larut dan senang dibancuh tanpa menggunakan air panas atau air suam. Untuk membasuh juga sangat senang dan cepat kerana ia tidak melekat pada puting dan botol susu.

🛑 PENAFIAN : Kesan selepas minum Susu Puremil adalah berbeza bagi setiap orang.

 

🍼 Cara bancuhan

1-3 tahun

3 skop Susu Puremil + 180ml air @ 6oz air

4 tahun, orang dewasa, ibu mengandung & menyusu

4 skop Susu Puremil + 240ml air @ 8oz air

☑️ Berat 500 gram

☑️ Sila lihat gambar fakta nutrisi untuk info lanjut kandungan Protein, Kalsium, DHA, Omega 3, vitamin dan mineral.

☑️ READY STOCK.

 

⚠️ Untuk makluman kelulusan KKM hanya untuk produk kategori ubat sahaja. Susu Puremil adalah produk kategori makanan.

#dha

#susu

#puremil

#omega3

#susulembu

#susucoklat

#susupuremil

#susufullcream

#fullcreammilkpowder

#susutepungfullcream